Monday, 12 January 2015

Indah Dunia | Membongkar Surah Al Fatihah

Pasti anda semua tahu bahawa surah di atas adalah Surah Al Fatihah. Adakah anda tahu makna Al Fatihah? Adakah anda semua tahu makna ayat-ayat di dalam surah tersebut? Dan, adakah anda tahu apa yang mahu diterangkan di dalam setiap ayat-ayat tersebut? Jika anda tidak tahu, mari saya kongsikan sedikit ilmu.


Al Fatihah (الفاتحه) membawa maksud kepada  Pembukaan. Setiap kali anda mahu membaca Al Quran, perlulah anda didahului dengan Surah Al Fatihah.


Maksudnya : Dengan nama Allah yang maha pemurah   lagi maha mengasihani


Ini dinamakan basmallah. Setiap surah akan didahului dengan basmallah kecuali Surah At Taubah. Basmallah pada surah selain Al Fatihah tidak dikira ayat. Akan tetapi, basmallah ini pada surah Al Fatihah adalah dikira 1 ayat. Maka, wajib membacanya agar sempurna dan lengkap bacaan. 


Maksudnya : Segala puji bagi Allah tuhan semesta     alam


Sesungguhnya Allah SWT maha berkuasa. Allah SWT berkuasa atas setiap sesuatu yang berada di semesta alam ini. Ayat di atas ini sudah mencukupi untuk menerangkan bahawa Allah SWT ini adalah maha berkuasa atas tiap-tiap sesuatu.



Maksudnya : Yang maha pemurah lagi maha mengasihani


Ayat di atas adalah sebahagian daripada basmallah. Ayat ini adaah ayat yang ketiga di dalam Surah Al Fatihah. Sesungguhnya Allah SWT adalah maha pemurah dan maha mengasihani. Allah SWT ini adalah pemurah. Sifat pemurahNya tidaj mampu ditandingi oleh setiap makhluknya sama ada tumbuhan, manusia, haiwan dan lain-lain. Maha pemurah dan maha pengasihani adalah 2 daripada Asma'ul husna (nama-nama allah).


Maksudnya : Yang menguasai hari pembalasan


Ayat di atas menunjukkan bahawa Allah SWT ini mempunyai kuasa terhadap hari pembalasan. Ini bermaksud hanya Allah SWT sahaja yang mengetahui bilakah waktu hari pembalasan.


Maksudnya : kepada engkau lah kami sembah (sahaja), dan kepada mu lah kami memohon pertolongan


Kita hanya sembah pada yang satu sahaja iaitu Allah SWT. Kerana dia adalah tuhan yang maha esa. Tiada tuhan lain yang patut disembah melainkanNya. Kita meminta pertolongan daripada Allah SWT sahaja. Tidak selain daripada Allah yang maha esa. Ayat di atas menunjukkan bahawa kita patut sembah dan meminta pertolongan pada yang maha satu sahaja. Tiada tuhan selain Allah SWT.


Maksudnya : Tunjukkanlah kami jalan yang lurus


Sebahagian manusia berada di jalan yang salah. Oleh itu, kita perlu meminta pertolongan Allah SWT supaya kita kembali ke jalan yang benar. 


Maksudnya : Iaitu jalan orang-orang yang telah kau     berikan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang engkau murkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat.


Ayat ini menyatakan bahawa agar Allah SWT memberikan kita yang dilimpahi nikmat. Bukan jalan mereka yang sesat dan berpaling jauh daripada jalan yang benar.



Maafkan jika saya ada melakukan kesalahan dan kesilapan. Saya seorang remaja yang berumur 13 tahun. Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment